suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular Video Lelaki Diserang

PETALING JAYA: Video seorang lelaki dipukul dengan kejam telah tersebar meluas menerusi media sosial.

Klip video satu minit 44 saat menunjukkan seorang wanita dan kanak-kanak yang dalam ketakutan menyaksikan serangan itu.

Mangsa kemudiannya dipaksa melulut di depan penyerang sebelum dipukul lagi dengan rotan berulang kali pada badan dan kakinya.

Dipercayai video itu dirakam di kediaman mangsa di Klang, Selangor.

Pengasas Komuniti Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng memuat naik video itu menerusi laman Facebooknya pada Ahad.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengesahkan insiden itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

"Kejadian itu berlaku pada 6 September lalu dan suspek telah dikenal pasti sebagai jiran pengadu.

"Usaha sedang dilakukan untuk mengesan suspek," katanya.

Beliau berkata, punca serangan itu dipercayai daripada pertelingkahan antara mereka berdua sebelum itu.


Klang, Asmawati, Bukit Aman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain