suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Ungguli Guna Berita WhatsApp

PETALING JAYA: Malaysia kini mengungguli penggunaan aplikasi WhatsApp berbanding negara-negara lain di dunia, menurut satu laporan.

Menurut Laporan Berita Digital 2017 oleh Institut Pengajian Kewartawanan Reuters di Universiti Oxford, 51 peratus pengguna baharu di Malaysia menggunakan WhatsApp untuk mencari, berkongsi dan berbincang mengenai berita-berita sepanjang minggu.

Jika dibandingkan, hanya tiga peratus pengguna berita di Amerika Syarikat menggunakan platform pesanan popular itu.

Brazil dan Chile merupakan pesaing Malaysia dari segi penggunaan WhatsApp, masing-masing 46 dan 39 peratus.

Menurut laporan berkenaan, kedudukan aplikasi pesanan dan media sosial paling tinggi di Malaysia dari segi habit penggunaan berita dalam talian adalah Facebook (58 peratus), YouTube (51 peratus), WeChat (13 peratus) dan Instagram (13 peratus).

WhatsApp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lima Kereta Mewah Disimbah Asid

Artikel Lain