suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Berbasikal Paralimpik Cedera Dilanggar Lari

KUALA LUMPUR: Seorang ketua ajurulatih dan empat atlet berbasikal Paralimpik negara cedera selepas dirempuh pacuan empat roda semasa menjalani latihan di Lebuhraya Latar dekat Batu Arang.

Jurulatih, Johari Nayan sedang berlatih bersama pasukan berbasikal Paralimpik, Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, Khairul Azwan Wahab, 25, Nur Syafiq Suhaimy, 19, dan Khairul Nizam Mohd Ali, 23 ketika kejadian pada kira-kira pukul 10.50 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan dalam kemalangan langgar lari itu, dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Pemandu pacuan empat roda bagaimanapun melarikan diri.

"Kita sedang menjejaki pemandu dan kenderaan berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk segera menghubungi pihak polis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain