'Kebumi' Bendera Tanda Cinta Negara - Semasa | mStar

'Kebumi' Bendera Tanda Cinta Negara

JOHOR BAHRU:Kerana semangat patriotik dan rasa cinta terlalu mendalam terhadap negara, seorang pegawai sejarah memilih melakukan upacara ‘pengebumian’ bagi bendera-benderanya yang lusuh berbanding membuangnya ke dalam tong sampah.

Kamdi Kamil, 68, yang bertugas di Yayasan Warisan Johor berkata, sudah menjadi tradisi baginya menghias rumah dengan Jalur Gemilang setiap kali tiba bulan kemerdekaan sejak 1983.

Menurutnya, setiap tahun dia memperuntukkan sebanyak RM2,000 untuk membeli Jalur Gemilang dan kelengkapan menggantung bendera bagi menggantikan bendera yang sudah rosak dan lusuh.

“Bendera-bendera yang lusuh saya akan tanam, takkan kita nak buang di dalam tong sampah kerana ini adalah lambang jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.

“Biasanya saya mula menghiasi rumah dengan bendera bermula 15 Ogos hingga 16 September, selepas itu saya akan simpan bendera-bendera ini dengan elok di dalam kotak supaya dapat digunakan semula pada tahun depan,” katanya.

Kamdi berkata, disebabkan minat yang mendalam terhadap Jalur Gemilang, dia turut membuat kajian mengenai bendera itu termasuk menjejaki pencipta asalnya hingga berjaya menerbitkan sebuah buku pada 2007.

“Buku ini berjudul ‘Mohamed Hamzah Perekacipta Jalur Gemilang’ ditulis saya pada 2007 sempena Jubli Perak ulang tahun kemerdekaan negara ke-50.

“Selain menulis buku-buku sejarah dan menghias rumah dengan bendera, saya turut menulis pantun kemerdekaan sebagai satu cara menterjemahkan semangat patriotik kepada negara,” katanya.

Selain itu katanya, dia turut mewujudkan Sudut Maklumat Kemerdekaan di kediamannya bagi memudahkan orang ramai mendapatkan info sejarah tanah air dan saat-saat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

“Ruangan ini saya wujudkan di halaman rumah supaya mudah untuk sesiapa sahaja datang untuk membaca dan mendapatkan maklumat.

“Saya sudah wujudkan Sudut Maklumat Kemerdekaan ini sejak empat tahun lalu menggunakan koleksi naskhah dan buku-buku sejarah milik saya sendiri,” katanya.- Sinar Harian


Kamdi , Jalur Gemilang

Artikel Sebelum

Ada Apa Pada Wahyu?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Kalau Lupa, Denda Ke Paris, Mesir!

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain