suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Barcelona: Najib Ucap Takziah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serangan sebuah van di  Barcelona, Sepanyol, Khamis.

Dalam tweet terbarunya pagi  ini, Najib menyifatkan serangan itu sebagai keji.

"Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan terbabit dengar serangan keji di Barcelona,” katanya.

Menurut Reuters, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 100 orang cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di tengah-tengah bandar raya Barcelona.

Dilaporkan kumpulan penyerang itu lari meninggalkan van berkenaan sebaik kejadian berlaku, Agensi berita itu melaporkan bahawa berikutan serangan itu, pihak berkuasa keselamatan melancarkan operasi khas memburu mereka.

Agensi berita itu juga memetik seorang jurucakap polis wanita Catalan sebagai berkata polis menembak mati empat penyerang di Cambrils, selatan Barcelona, dan seorang lagi cedera parah ekoran operasi  dijalankan oleh pihak berkuasa yang menyifatkan perbuatan itu sebagai serangan pengganas.

Serangan di Barcelona itu adalah yang paling buruk berlaku di Sepanyol sejak letupan bom di Madrid pada 2004 yang mengorbankan 191 orang. - Bernama

serangan Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain