suria

Tuduhan Liwat, Tun M Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka - PAS

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad harus meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tuduhan liwat terhadapnya tidak benar, kata pemimpin PAS.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tuduhan itu bukan perkara kecil kerana ia merupakan satu bentuk penghinaan buat pemimpin PKR berkenaan.

"Kalau tuduhan itu tak betul, maka saya berpendapat, Dr Mahathir harus memohon maaf secara terbuka.

"Perkara itu (tuduhan liwat) menghina Anwar dan keluarganya, ia bukan perkara kecil, ia menjadi isu nasional dan global," katanya memetik akhbar PAS Harakah Daily.

Menurut Harakah Daily, beliau berkata demikian pada satu acara di Kota Baru.

Bagaimanapun, sekiranya tuduhan itu benar Mohd Amar mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, boleh bekerjasama dengan Anwar.

Pada tahun 1998, semasa pemerintahan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, Anwar, yang ketika itu menjawat jawatan timbalan perdana menteri telah didakwa kerana rasuah dan liwat.

Pada ketika itu Dr Mahathir telah menyifatkan Anwar 'tidak layak' untuk menjadi perdana menteri kerana dakwaan liwat.

liwat, Tun M, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Hilang Suami Sekelip Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain