suria

Staf MRCB Bersemangat Sambut Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Pegawai jualan dan pemasaran Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) di galeri jualan 9 Seputeh di sini cukup bersemangat untuk menyambut Hari Kebangsaan.

Kira-kira 20 orang kakitangan telah berkumpul di galeri tersebut sejak awal pagi untuk menyiapkan Jalur Gemilang yang diperolehi dari empat muka surat khas di ruangan tengah akhbar The Star untuk dikibarkan rakyat Malaysia menerusi kempen 'Raise The Flag'.

Semangat tinggi kumpulan ini dapat dilihat ketika mereka duduk bersama untuk memotong dan menggulung kertas cetakan sebelum terbentuknya Jalur Gemilang.

Pasukan jualan dan pemasaran itu kemudian pergi ke kawasan terpilih di Lembah Klang untuk mengedarkan akhbar The Star, bersama dengan risalah TRIA Seputeh yang baru dilancarkan oleh MRCB.

Kempen Raise The Flag anjuran Mydin Mohamed Holdings Bhd, Star Media Group Berhad dan akhbar Sinar Harian ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

Lebih menarik lagi kempen ini mencatatkan jumlah edaran origami tertinggi Jalur Gemilang di Malaysia iaitu 465,000 agihan sekali gus membolehkan ia tersenarai dalam The Malaysia Book of Records.

Anda boleh mendapatkan jalur gemilang 'mini' secara percuma menerusi pembelian akhbar The Star bermula Jumaat.

Pasangkan Jalur Gemilang anda sendiri berdasarkan iklan interaktif ini.

Raise The Flag, Hari Kebangsaan

Artikel Berikut

Artikel Lain