suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isa Samad Tiba Di Mahkamah Untuk Prosiding Reman

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, Rabu untuk prosiding reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes.

Mohd Isa yang berbaju lokap SPRM dan bergari serta diiringi anggota SPRM, tiba pada 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Beliau kelihatan tenang dan mengukir senyuman kepada anggota keluarga, penyokong serta media yang menunggu sejak 8 pagi.  Isteri Mohd Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang turut menunggu di perkarangan mahkamah,  kelihatan menangis ketika suaminya itu tiba di mahkamah.

Mohd Isa ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini untuk memberi keterangan.

Felda, Isa Samad, SPRM

Artikel Sebelum

'Teksi, Pareey?'

Artikel Berikut

Artikel Lain