suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Meninggal Dunia

Jenazah Wan Abu Bakar Wan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, pukul 9 pagi Ahad. Foto: Bernama

SUBANG JAYA: Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar, 68, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara malam tadi.

Menurut anak tunggalnya, Wan Lukman Hadi, 21, Allahyarham telah dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengadu sakit dada sejak 17 Julai lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira  11.52 malam tadi.

"Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As Siddiq di SS19 dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada kira-kira pukul 9 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Allahyarham Wan Abu Bakar yang juga Pengerusi TDM Berhad iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rohaini Ali, 64, dan seorang anak (Wan Lukman Hadi).

Allahyarham pernah menabur bakti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 39 tahun.

Artikel Lain