suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FIC: Pembelian Hotel, Tiga Individu Ditahan SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Menurut sumber, dua daripada mereka yang berusia 47 dan 51 tahun merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.

Mereka ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 pagi Sabtu ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.

Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada jam 1.30 petang Sabtu merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel tersebut.

"Siasatan awal mendapati pengarah syarikat terbabit telah melantik syarikat ajen tersebut untuk menguruskan pembelian hotel itu," jelas sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata dua pengarah syarikat ejen itu akan direman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos di Mahkamah Putrajaya  bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, seorang lagi suspek dijangka direman pagi Ahad di mahkamah Putrajaya.

Pada Jumaat, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.

SPRM, FIC

Artikel Lain