suria

Doktor Khidmat Percuma

KOTA BHARU: Bagi meluaskan lagi misi bantuan kepada golongan yang memerlukan, Thirdforce melancarkan pasukan perubatan Thirdforce atau lebih dikenali sebagai Thirdforce Medical Team, bermula Jumaat.

Pengasas Thirdforce, Raja Shamri Raja Husin berkata, matlamat utama penubuhan unit  itu untuk memberi rawatan percuma kepada golongan asnaf terpilih dan berdaftar dengan pasukan itu melalui sumbangan awam.

Katanya, Klinik Primer Cherang yang menjadi pusat perubatan utama unit perubatan Thirdforce ini dikendalikan oleh dua doktor muda yang sangat positif dan komited dalam kerja-kerja kemanusiaan Thirdforce iaitu Dr Mohd Rahimie Sayutti dan Dr Mohd Safwan Saifudin.

"Pasukan ini diketuai Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Kelantan), Dr Zurairie Mohd Zubir yang bertugas di Klinik Luka (Wound Clinic) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui pada pelancaran Thirdforce Medical Team dan Rumah Terbuka Klinik Primer Cherang di sini.

Menurutnya, Thirdforce juga rancang mengembangkan lagi pasukan ini dengan penyertaan lebih ramai pengamal perubatan dan paramedik untuk bersama menawarkan kepakaran dan perkhidmatan masing-masing kepada asnaf.

“Kita alu-alukan doktor muda, jururawat atau paramedik yang baru habis belajar dan belum dapat kerja, yang sukakan kerja-kerja amal menyertai pasukan ini.

“Selain doktor-doktor HRPZ II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), doktor dari Hospital Pakar Perdana (KPJ) pun sedia menyumbang kepakaran dan tenaga,” katanya.

Raja Shamri berkata, sehingga kini, empat klinik bersetuju dan sedia menyertai Thirdforce Medical Team iaitu Klinik Dr Hadi (Pasir Puteh / Jerteh), Klinik Perdana Kuala Krai, Klinik Hayda dan Kamal (Kota Bharu) serta Klinik Primer Cherang sebagai pusat pengurusan utama Medical Team Thirdforce.

Thirdforce juga rancang menyediakan perkhidmatan rehabilitasi, fisioterapi dan ambulans percuma kepada golongan sasar yang telah pun beroperasi di Klinik Primer Cherang.

Thirdforce, Raja Shamri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain