suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FIC: SPRM Siasat Pembelian Hotel Di Kuching

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas pembelian sebuah lagi hotel di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.

Kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Menurut kenyataan media, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.

Pasukan penyiasat telah pergi ke enam lokasi di Kuala Lumpur serta Kuching, Sarawak pada Jumaat untuk mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel tersebut.

SPRM turut merampas dokumen-dokumen berkaitan yang dipercayai mempunyai maklumat-maklumat berhubung pembelian hotel tersebut dan akan meneliti kesemua dokumen tersebut untuk mengenalpasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Menerusi maklumat siasatan awal yang diperolehi, FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit.

SPRM juga akan memanggil beberapa orang saksi penting dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil dalam masa terdekat.

SPRM, Kuching

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain