suria

Detik Cemas Remaja Lihat Keluarga Hilang

Foto kredit: Sinar Harian

KUALA LIPIS: "Masa saya nak naik ke tebing sungai untuk berehat tiba-tiba saya terdengar bunyi orang meminta tolong sebelum melihat seorang demi seorang ahli keluarga saya terkapai-kapai dan hilang di dalam sungai.

Demikian kata R Yashvendran, 13, ketika menceritakan detik cemas kejadian lemas yang berlaku di kawasan pam pasir Sungai Lipis, Batu 13 Ladang Benta, di sini kira-kira jam 3.30 petang Sabtu.

Dalam kejadian itu Yashvendran telah kehilangan bapa, R Ravendran, 46, dan abangnya, R Pravindran, 17, sementara seorang sepupu mereka, GK Easwer, masih hilang.

Yashvendran berkata, mereka semua termasuk ibu Easwer, D Vasanthi, 44, datang dari Taman Seremban Jaya, Seremban,Negeri Sembilan untuk bersembahyang di Kuil Sri Mariamman, Ladang Benta.

"Kami lima sekeluarga bergerak dari Seremban sekitar jam 10 pagi (Sabtu) dan tiba di kuil pada jam 2.30 petang.

"Setelah siap sembahyang di kuil pada jam 3 petang kami semua sepakat untuk pergi mandi sungai berhampiran kuil ekoran cuaca panas," katanya kepada Sinar Harian.

Yashvendran yang juga pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya itu berkata, mereka berempat sempat berswafoto ketika mandi sementara ibu saudaranya duduk berehat di bawah pokok di tepi sungai.

Menurutnya, ketika sedang mandi Easwer yang berkedudukan agak ke belakang tiba-tiba terkapai-kapai kerana kakinya telah terjerlus ke dalam pasir.

Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selamat Tinggal Nuan Nuan

Artikel Lain