suria

Kes TKP JPJ Dihantar Balik Ke Mahkamah

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Kes Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob yang menghantar pegawai khasnya untuk mengaku bersalah di Mahkamah Majistret bagi mewakilinya kerana memandu di lorong kecemasan, telah dikembalikan ke mahkamah.

"Kes itu telah dihantar balik ke mahkamah. Bagaimana anda boleh mengaku bersalah melalui wakil, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan kakitangannya yang diadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Kehakiman di Istana Kehakiman di sini, Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Sri Latifah Mohd Tahar berkata, kes itu akan disebut di mahkamah pada Selasa, 25 Julai ini.

Pada 18 Julai lalu, Yusoff didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu kereta dengan nombor pendaftaran "BLY 68" di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya di Putrajaya kira-kira pukul 6.27 petang pada 7 Oktober 2016.

Pada hari itu, Yusoff tidak hadir ke mahkamah sebaliknya menghantar pegawai khas beliau untuk mengaku bersalah bagi mewakilinya. - Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain