suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saksi Penting FIC Sedang Dikesan - SPRM

Pemandangan dari luar Hotel Grand Plaza Kensington yang dibeli oleh Felda Investment Corporation.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan beberapa lagi individu yang merupakan saksi penting bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber, SPRM dapat mengumpul lebih banyak maklumat berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington antara tahun 2013 dan 2015 dengan merakam kenyataan saksi tersebut.

"Kenyataan semua saksi tersebut adalah penting untuk mengetahui sama ada wujudnya unsur rasuah dan penyelewengan dalam pembelian hotel tersebut.

“Pasukan penyiasat kini sedang mengesan suspek tersebut bagi mendapatkan maklumat berhubung pembelian hotel itu untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Sementara itu, SPRM sudah pun merakam kenyataan enam lagi individu FIC berhubung pembelian hotel tersebut pada hari yang sama.

Antara individu yang terlibat adalah Ketua Hospitaliti, Ketua Kewangan, Pengurus Kanan Strategik dan Pelaburan, Eksekutif Kewangan, Pembantu Pengurus Kewangan serta Bekas Timbalan Presiden dan Ketua Pegawasi Operasi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut dan memberitahu, pihaknya sedang meneliti semua maklumat telah diperoleh setakat ini.

Beliau juga tidak menolak beberapa tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain