suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Akibat Hina Tunku Aminah

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan kerana membuat kenyataan menghina puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan institusi diraja negeri berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada kira-kira pukul 6 petang, Ahad.

Beliau berkata, susulan itu kontinjen negeri berkenaan telah menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Ampangan pada hari sama.

Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Jika bersabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya," katanya.

Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kebencian di kalangan orang ramai.

"Masyarakat diminta supaya tidak menyalahgunakan media sosial kerana pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya.

Tunku Aminah, Ampangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPRM Serbu Pejabat FIC

Artikel Lain