suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Muka Pelajar Cedera Tertusuk Besi Tular

PETALING JAYA: Seorang pelajar dilihat tenang walaupun cedera di bahagian muka dipercayai akibat tercucuk besi selepas basikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang.

Gambar-gambar pelajar lelaki berkenaan dalam keadaan mukanya berlumuran darah telah menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, dalam kejadian di Kuala Selangor itu, kanak-kanak berkenaan mahu membetulkan sampin yang dipakainya ketika menunggang basikal menuju ke sekolah.

Turut difahamkan, dia tidak memakai baju sekolah kerana sekolahnya mengadakan rumah terbuka pada hari tersebut.

Berdasarkan satu daripada gambar yang tersebar, pelajar berkenaan dilihat telah dibawa ke hospital dan telah menerima rawatan.

Rata-rata netizen menyifatkan kanak-kanak ini kuat semangat apabila dia kelihatan tidak panik atau meraung di tempat kejadian.

Malah, dalam keadaan muka di bahagian kiri sedang berbalut, dia masih sempat membuat isyarat 'peace' ketika gambarnya diambil di hospital.

Artikel Sebelum

Tun M Minta 10 Sen!

Artikel Berikut

Artikel Lain