Malaysia Kutuk Tindakan Israel Tutup Masjid Al-Aqsa - Semasa | mStar

Malaysia Kutuk Tindakan Israel Tutup Masjid Al-Aqsa

-foto AP

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” kata beliau dalam akaun Twitternya, Ahad.

Menurut laporan berita, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.

Al Jazeera, saluran berita bebas negara Arab, melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.
Masjid Al-Aqsa , Israel , Najib Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

“Pulangkan Al Aqsa!”

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi