suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khidmat Van Jenazah Percuma Untuk Asnaf

Golongan asnaf atau yang memerlukan di Perak boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran van jenazah secara percuma yang disediakan oleh Yayasan Al-Bukhary. - Bernama

IPOH: Golongan asnaf atau yang memerlukan di Perak boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran van jenazah secara percuma yang disediakan Yayasan Al-Bukhary.

Pengurus 'Van Jenazah Al-Bukhary' cawangan Perak, Roslan Ali berkata, penyediaan perkhidmatan itu sejak Disember lalu bertujuan membantu golongan fakir miskin memudahkan proses penghantaran jenazah dalam kariah, dalam negeri atau keluar negara.

"Untuk lebih memudahkan van tersebut turut dilengkapi dengan ruang atau tempat memandikan jenazah supaya tidak perlu untuk meminjam tempat mandi jenazah dari surau atau mengusung bawa ke rumah si mati," katanya kepada Bernama disini, baru baru ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai 'bilal rockers' berkata segala permohonan penggunaan perkhidmatan percuma ituperlu lengkap untuk direkodkan dan dilaporkan kepada pihak Yayasan Al-Bukhary.

Katanya sehingga kini kira-kira 60 golongan asnaf atau tidak berkemampuan telah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Roslan berkata, golongan berkemampuan juga boleh menggunakan perkhidmatan van tersebut, namun mereka akan dikenakan bayaran mengikut jarak perjalanan, elaun pemandu, tol dan lain-lain.

"Hasil daripada bayaran tersebut akan digunakan oleh pihak kami untuk membeli semula peralatan dan barangan berkaitan pengurusan jenazah bagi kegunaan golongan kurang mampu," katanya.

Beliau berkata warga Perak yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh menghubunginya di talian 016-5420758.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain