suria

Rumah Semut Dibuka 1 Julai

KOTA KINABALU: Rumah Semut Borneo, yang juga galeri bawah tanah pertama di Malaysia, berdekatan Tuaran bakal beroperasi pada 1 Julai ini.

Galeri yang terletak 35 kilometer dari sini dimiliki dan diuruskan sebuah keluarga dari Sabah, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan semut serta kumpulan-kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Rumah Semut Borneo Sufiah Abd Rahim Lee, 59, memberitahu nama ‘Rumah Semut’ telah diambil dari konsep ‘tinggal di bawah tanah’, seperti semut.

“Semut tinggal di bawah tanah dan disebabkan tarikan utama taman tema ini adalah galeri bawah tanah, kami membuat keputusan untuk menggunakan nama tersebut,” kata pesara guru  dan ibu kepada lima anak itu.

Tarikan utama di sini adalah tiga galeri- pertama adalah arca semut dan butiran tentang serangga tersebut, kata Sufiah.

Yang kedua adalah arca suku kaum Bajau, Kadazan Dusun, Iban dan Bidayuh, serta yang terakhir adalah galeri pedang.

“Majoriti penduduk di Tuaran adalah suku Bajau dan Kadazan Dusun, sementara Iban dan Bidayuh adalah kumpulan etnik terbesar di Sarawak,” katanya.

“Disebabkan itu, kami memilih untuk menumpukan pada empat suku kaum tersebut,” Kata Sufiah lagi.

Tambahnya, galeri pedang dibuat kerana pedang adalah senjata yang digunakan dalam kalangan pemburu kepala suatu ketika dahulu di kalangan rakyat Borneo (Sabah dan Sarawak).

“Jadi, kami merasakan topik ini menarik untuk pengunjung mengetahui dengan lebih mendalam,” katanya.

Sufiah juga berharap konsep galeri bawah tanah akan menarik minat ramai, disebabkan ianya ruang pameran seumpamanya yang pertama di Sabah dan negara ini.

Di situ juga terdapat kanopi di laluan pejalan kaki untuk mereka yang ingin meluangkan masa menikmati suasana segara alam semulajadi.

Yuran masuk bagi rakyat Malaysia adalah RM18 untuk dewasa dan RM9 untuk Orang Kurang Upaya dan warga emas berusia 60 ke atas, serta kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah.

Pengunjung dari luar negara perlu membayar dua kali ganda bagi setiap kategori.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun akan merasmikan Rumah Semut Borneo.

Rumah Semut, Tuaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemandu Teksi 'Kaki Pow'?

Artikel Lain