suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sejuta Kenderaan Masuk Kelantan Aidilfitri Ini

GUA MUSANG: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan akan memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

Pengerusinya Datuk Abdul Fattah Mahmodd berkata laluan Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala krai mulai sesak dengan kenderaan pagi Khamis.

Malah katanya, jalan raya mungkin bertambah sesak pada malam kemuncak menyambut hari raya nanti.

"Justeru pengguna jalan raya diharap dapat menggunakan beberapa jalan alternatif bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Rehat dan Rawat (R and R) Rantau Manis di sini, Khamis. - BERNAMA 

Kelantan, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain