suria

Formula Baharu Harga Petrol Diumum Minggu Depan

BATU KURAU: Satu formula bagi menentukan harga bahan bakar akan diumumkan minggu depan dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak.

"Rakyat kena simpati kepada pengusaha stesen minyak yang alami kerugian apabila harga minyak turun.

"Pengusaha stesen minyak juga mengalami kerugian apabila harga minyak turun dan mereka merasakan menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Zakat Bank Rakyat kepada asnaf Parlimen Larut di sini, Jumaat.

Hamzah berkata ketika ini terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.

Berkuatkuasa April lalu harga siling bahan api diumumkan setiap minggu bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

harga petrol, KPDNKK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain