suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harungi Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat

Mohd Said (kanan) turut meyertai gerakan mencari rangka pesawat HAWK 108 yang terhempas di kawasan paya di kampung Yak Yah pada Jumaat. fotoBERNAMA

KEMAMAN: Berpuasa dan berdepan cuaca panas bukan halangan bagi anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari pesawat pejuang Hawk 108, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terhempas di Kampung Yak Yah, di sini Khamis.

Seorang daripada mereka yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata beliau dan beberapa rakan sepasukan terpaksa meredah kawasan berpaya dan dipenuhi semak-samun untuk tiba di kawasan serpihan pesawat ditemui, kira-kira 400 meter dari jalan utama Ibok-Chukai.

"Orang mungkin nampak tugas pasukan beruniform ini mudah, tetapi bila dalam keadaan krisis banyak pengorbanan yang dilakukan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim bersama10 pegawai dan anggota menjalankan siasatan di kawasan penemuan bangkai pesawat tersebut.

Pihaknya terpaksa meredah kawasan hutan dan berpaya selama lebih tiga jam bagi mengesan bangkai pesawat yang ditemui pada 2 petang Jumaat.

Dalam kejadian pada Khamis pesawat Hawk 108 yang berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira setengah jam kemudian.

TUDM yang melancarkan operasi mengesan pesawat itu kemudian mengesahkan dua juruterbang pesawat terbabit Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusuf, 39 terkorban sekalipun berjaya melenting keluar daripada pesawat yang dipercayai terhempas. - BERNAMA 

Hawk 108

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain