Jangan Taksub - TPM - Semasa | mStar

Jangan Taksub - TPM

Ahmad Zahid, Hishammuddin, Nur Jazlan Mohamed dan Khaled Nordin bersama-sama mengacau bubur lambuk ketika menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Al Mizan, Kempas Baru pada Khamis. fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak taksub melampau terutamanya terhadap mana-mana individu sehingga boleh menjejaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Beliau berkata taksub sebagai orang Islam dalam mempraktikkan keimanan dan ketakwaan dari segi Rukun Iman dan Rukun Islam memang sangat dituntut oleh agama.

"Tetapi ketaksuban yang melampau kepada mana-mana individu selain daripada Rasulullah dan juga ibu bapa kita, dikhuatiri akan menukar dan mengalih akidah kita," kata beliau ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Masjid Al-Mizan, Kempas, dekat sini Khamis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata salah tafsir ayat Al-Quran, salah tafsir sunnah dan menyimpang jauh daripada ijmak ulama dan qiyas juga menyebabkan ketaksuban yang melampau ini sekaligus merosakkan agama itu sendiri.

"Kekhuatiran terhadap soal ketaksuban ini adalah kerana di akhir zaman ini kita lihat terdapat banyak kumpulan-kumpulan taksub yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ''cult''.

"Kerana ketaksuban ini boleh membawa kepada perkara (seperti) melakukan harakiri (bunuh diri untuk menjaga kehormatan) mengikut budaya Jepun (dan) boleh melakukan pengeboman diri sendiri kononnya untuk berjihad, di mana maksud jihad bukanlah merosakkan orang lain atau merosakkan diri sendiri," kata beliau.

Oleh kerana itu, beliau berkata adalah tidak adil menyalahkan orang lain apabila wujudnya Islamofobia.

Ahmad Zahid berkata wujudnya Islamofobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam kerana mereka menyalahtafsirkan Islam disebabkan perbuatan sesetengah orang Islam yang merosakkan imej Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, katanya hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat Malaysia menterjemahkan kesederhanaan perlu sentiasa didukung.

Ahmad Zahid berkata dalam semangat keharmonian dan kemajmukan agama dan bangsa di negara ini, beliau berharap perkara itu dapat direalisasikan.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya mengimamkan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa yang turut disertai kira-kira 1,500 kakitangan dan pegawai Kementerian Dalam Negeri serta 100 anak yatim dan golongan asnaf sekitar Kempas.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. - BERNAMA

Islamofobia , Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Selamat Dimakan!

Artikel Berikut

Lapan Jam 'Geledah' Pejabat FGV

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain