suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pengarah JKR Labuan Dikena Dua Tuduhan Rasuah

Bekas pengarah JKR Labuan, Ismail Che Ros didakwa terima rasuah. Foto NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan, Ismail Che Ros mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah berjumlah hampir RM8,000.

Beliau didakwa menerima pakej penginapan dan bermain golf antara 5 dan 7 Ogos 2016 di Sutera Harbour Resort di sini daripada ahli perniagaan, Teoh Hon Chun.

Ismail, 60, yang diwakili peguam, Zahir Shah, turut didakwa menerima RM5,000 daripada Hon Chun pada 6 Ogos 2016 di resort tersebut.

Syarikat Hon Chun terlibat dalam pembinaan jalan yang merupakan projek JKR di Kampung Gerisik di Labuan.

Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat yang bertindak sebagai hakim Mahkamah Khas Rasuah membebaskan Ismail dengan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Ismail yang kini bertugas di Melaka perlu melaporkan setiap bulan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain