suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SACC Rai Anak Yatim

Seramai 43 orang anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus diraikan dengan penuh kesyukuran di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin.

PETALING JAYA: Sesuai dengan keberkatan bulan Ramadan, ibadah bersedekah menjadi sesuatu yang lazim untuk umat Islam.

Bagi merebut peluang keemasan itu, seramai 43 anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus diraikan dengan penuh kesyukuran di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin.

Syarikat hospitaliti yang menguruskan SACC dan Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor) atau SACC Convec mengambil kesempatan itu sebagai tanda ingin meneruskan bakti kepada masyarakat.

Pengurus Besar SACC Convec, Nasrudin Abu Bakar berkata, beliau berharap sumbangan itu menjadi lebih bermakna kepada anak-anak yatim terbabit dan dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka kelak.

Selain itu, SACC Convec turut memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir.

Sumbangan tersebut turut ditaja oleh syarikat pengeluar produk berasaskan makanan dan aiskrim iaitu Adabi Consumers Industries Sdn.Bhd. dan Joshafa Sdn.Bhd.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain