suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia

Rehman Rashid

KUALA LUMPUR: Penulis dan wartawan veteran Rehman Rashid, 62, yang pernah mengalami serangan jantung pada Januari lepas, meninggal dunia, Sabtu.

Adiknya, Rafique Rashid ketika dihubungi Bernama, berkata Rehman meninggal dunia pada kira-kira 6.30 pagi di Hospital Selayang.

"Buat masa ini punca sebenar kematian masih belum diketahui namun kami jangkakan ia ada kaitan dengan serangan jantung yang beliau alami dulu," katanya.

Beliau berkata jenazah dijangka dibawa ke rumahnya di Kuala Kubu Bharu sebelum pengebumian di tanah perkuburan di situ.

Rehman sebelum ini dilaporkan mengalami serangan jantung pada Januari lalu ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Allahyarham pernah bertugas dengan New Straits Times sebagai Editor Bersekutu dan kolumnis, serta Asiaweek di Hong Kong.

Rehman turut menghasilkan beberapa buku seperti 'Peninsula: A Story of Malaysia' dan 'A Malaysian Journey' selain pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik 1985 daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI). -Bernama

Rehman Rashid

Artikel Sebelum

SACC Rai Anak Yatim

Artikel Berikut

Artikel Lain