suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerusi DUN Nenggiri Kosong

Mat Yusoff Abdul Ghani.

KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya''kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani muflis.

Abdullah berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) telah muflis.

"Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi anggota Dewan (Undangan) Negeri (Kelantan)," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Khamis.

Abdullah berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Nenggiri pada Ahad ini untuk tindakan lanjut.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu (PRU13) Mat Yusoff menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi. - BERNAMA

DUN Nenggiri, SPR

Artikel Sebelum

Antara Puasa Atau Nyawa?

Artikel Berikut

Artikel Lain