Jejak Sahur: Jaya Sedia Nasi Lemak Untuk Gelandangan - Semasa | mStar

Jejak Sahur: Jaya Sedia Nasi Lemak Untuk Gelandangan

JAYA (Johor Aspiring Youth Association) menganjurkan program Bersahur Jejak Gelandangan di sekitar Johor Bahru bermula 2 Jun ini.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Joydec (Johor Youth Developmet Corporation) itu menyediakan makanan berupa 'Nasi Lemak Seposen' dan air mineral untuk dibahagikan kepada semua gelandangan bermula pukul 3 pagi.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan untuk diedarkan makanan bersahur ini termasuk Jalan Tan Hio Niee, Jalan Meldrum, Jalan Bukit Cagar dan sekitar Kompleks Kastam.

Menurut penaung Jaya, Datin Ras Ali Baudhan, program kebajikan ini dianjurkan bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik agar dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar.


"Sebelum ini banyak yang dapat kita lihat, golongan gelandangan menerima bantuan makanan ketika waktu berbuka puasa dan agak jarang melihat penyediaan makanan untuk waktu bersahur.

"Jadi saya bersama Joydec berbincang dan bersetuju untuk menyediakan nasi lemak dengan bantuan beberapa orang sukarelawan.

"Bemula pukul 12 tengah malam nanti, seramai lima orang sukarelawan akan datang ke rumah saya, masak bersama-sama dan seterusnya pukul 3 pagi kami akan mula mengedarkan makanan di sekitar kawasan tertentu.

"Saya bersama suami (Prof. Datuk Dr Norbik Bashah Idris) selaku penaung persatuan ini, mengalu-alukan apa sahaja sumbangan orang ramai untuk melancarkan lagi program agar dapat dilaksanakan secara harian (sekarang mingguan) sekaligus dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik," jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu Ras menjelaskan persatuannya meletakkan tanda 'seposen' di bungkusan sebagai simbolik harga untuk kos persatuan.

"Manakala penaja atau penyumbang membayar sebanyak 90 sen, " katanya yang turut menjelaskan harga sebenar nasi lemak itu adalah RM1.

Ramadan , Sahur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain