suria

Mudah.my Bantu Anda Cari Kereta Idaman

Karamjit (kiri) memberi nasihat kepada bakal pembeli kereta.

ANDA mencari kereta terpakai idaman? Bagaimanapun, anda terlebih dahulu perlu menentukan apa yang terbaik dan mempelajari tentang bagaimana untuk mengelak masalah yang tidak dijangka sebelum melakukan carian.

Jangan khuatir kerana platform Mudah.my sedia membantu menyelesaikan masalah anda!

Pasaran kereta nombor satu Malaysia baru-baru ini melancarkan dua video bersiri yang merupakan sebahagian daripada kempen “I Found My Ride”.

Menerusi video berkenaan, Mudah.my membantu enam pembeli kereta yang ternyata berbeza kriteria, dan masing-masing mengenal pasti kereta pilihan terbaik buat mereka.

Artis hip hop tempatan, MC Vandal merupakan hos di dalam video berkenaan yang turut menampilkan beberapa nama besar dalam dunia permotoran di negara ini.

Vandal (kanan) dan Tengku Djan.

Dapatkan tip membeli daripada mereka yang pakar seperti Karamjit Singh, Tengku Djan Ley dan Jazeman Jaafar serta mempelajari apa yang perlu diberikan perhatian mengenai bila memandu kereta untuk dipandu uji.

Video "I Found My Ride" merupakan panduan bervisual untuk rakyat Malaysia yang mencari kereta idaman mereka pada harga yang tepat dan dalam keadaan yang baik.

Siri video ini membantu bakal pembeli mengecilkan carian mereka dalam ribuan kereta yang dijual di Mudah.my.

Pengguna pastinya dapat mengetahui dengan tepat apakah yang perlu diteliti ketika membuat pilihan kereta yang terbaik, berdasarkan nasihat berguna daripada Karamjit, Tengku Djan dan Jazeman.

Mudah.my merupakan pasaran kereta nombor satu bagi mendapat kereta idaman anda.

Platform tersebut mempunyai lebih 100,000 kereta untuk dijadikan pilihan pada bila-bila masa dengan pelbagai gaya dan gaya, yang pastinya diingini semua.

Dua video ini boleh ditonton di Youtube MudahdotMy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain