suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Henti Beri Lesen Pusat Hiburan Keluarga

MELAKA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri digesa menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ini kerana terlalu banyak berlaku salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

"Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi," katanya pada  sidang media pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Beruang, Jumaat.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi sedangkan PBT sendiri yang mengeluarkan lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendungnya.

"Terdapat pelbagai peruntukan di bawah kuasa PBT termasuk menyita premis dan sebagainya. Namun apabila premis hiburan keluarga menyalah guna lesen, mereka (PBT) masih beri masa tiga bulan, enam bulan mahupun hingga hujung tahun, jadi masalah ini berterusan," katanya.

Mengenai perjumpaan itu, Khalid berkata ia diadakan bersama pegawai berpangkat Inspektor bagi mendengar keluhan mereka.

Ia juga bertujuan memberi semangat kepada kontinjen Melaka untuk menjalankan tanggungjawab seperti biasa selepas berdepan isu penahanan anggota dan pegawai kanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, katanya. - Bernama 

Khalid, Bukit Beruang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain