Seorang Lagi Pegawai Polis Melaka Ditahan - Semasa | mStar

Seorang Lagi Pegawai Polis Melaka Ditahan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan seorang lagi pegawai polis iaitu individu ke-13 - yang disyaki terbabit dalam kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi tanpa lesen dan rumah urut di sekitar Melaka.

Difahamkan, suspek berpangkat Assisten Superintendan (ASP) dan berumur 51 tahun, adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengesahkan tangkapan itu, enggan memberi butiran lengkap mengenai tangkapan terbaru itu.

"Ada tangkapan tadi...maklumat lanjut akan kita beri nanti," beliau sekadar memberi maklumat itu kepada pemberita ketika ditemui semasa melakukan tinjauan mesra kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan 3J iaitu ''Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle'' di sini,  Suspek dipercayai dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan akan direman bagi membantu siasatan seperti proses sama yang dilalui oleh mereka yang ditahan SPRM membabitkan kes sama sebelum ini.

Sejak 16 Mei lepas, SPRM telah menahan 12 individu termasuk dua ketua polis daerah di Melaka.

Tangkapan terakhir sebelum kes hari ini melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) berumur 49 tahun yang juga bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Melaka Tengah.

Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.-- Bernama


Melaka , SPRM , polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Exco PAS Kekal Di Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain