suria

JJPTR: Tiga Dibebaskan Hari Ini

Tiga lelaki disyaki terlibat dalam penipuan skim pelaburan JJPTR termasuk dalangnya direman dua hari Mahkamah Majistret Taiping pada Isnin. fotoBERNAMA

TAIPING: Tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) termasuk dalangnya dibebaskan pada Selasa dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah memaklumkan ketiga-tiga suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri lain yang belum didedahkan.

Pada Isnin, ketiga-tiga individu berusia 28 hingga 29 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini.

Mereka ditahan selepas seorang lelaki membuat laporan di Balai Polis Kamunting baru-baru ini mendakwa kerugian RM4,700 selepas menyertai JJPTR.

Skim JJPTR dipercayai mengaut keuntungan RM1.7 bilion daripada pelaburan mangsa-mangsanya. - BERNAMA

JJPTR

Artikel Sebelum

Dr M Pertahan Muhyiddin

Artikel Lain