suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Di Manchester Diminta Lapor Diri

PETALING JAYA: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Manchester Arena, lokasi konsert penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande yang digegar letupan supaya melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memantau rapi insiden letupan berkenaan.

Pihak kementerian turut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kejadian itu.

Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut manakala 50 yang lain cedera dalam kejadian yang disifatkan sebagai serangan pengganas itu.

Wisma Putra, Manchester Arena

Artikel Berikut

Artikel Lain