Nasib Exco PAS Akan Dibincangkan - Azmin - Semasa | mStar

Nasib Exco PAS Akan Dibincangkan - Azmin

PETALING JAYA: Biro Politik PKR akan membincangkan nasib tiga exco PAS pada mesyuarat yang akan datang, kata Datuk Seri Azmin Ali.Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun tidak memberitahu bila mesyuarat itu akan diadakan.

Tiga exco PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib diminta melepaskan jawatan masing-masing susulan tindakan parti tersebut menamatkan hubungan politik dengan PKR.

Azmin yang kembali dari lawatan kerja ke German pada Jumaat berkata beliau menerima panggilan telefon daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja di tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Azmin, Anwar mahu beliau terus bersikap terbuka untuk berbincang dengan PAS.

Malah, Azmin berkata beliau turut menerima kenyataan rasmi daripada kepimpinan PAS bahawa Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu mengadakan pertemuan bagi membicangkan perkara itu.

Jelas Azmin, kedudukan PKR pada awalnya adalah terbuka untuk sebarang perbincangan.

"Tetapi sudah tentu saya perlu melaporkan dan berbincang dengan pemimpin parti saya terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan mesyuarat lain," katanya.

Azmin berkata demikian selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ke-12 di sini Jumaat.

Ketika ditanya tarikh beliau akan bertemu PAS, Azmin berkata:"Tarikh itu tak penting. Apa yang penting adalah kita berbincang dan menang pilihan raya.

"Mengenai khabar angin bahawa bekas pemimpin PKR akan menyertai PAS bersama-sama dengan beberapa wakil rakyat PKR untuk merombak pentadbiran kerajaan Selangor, Azmin berkata ia bukan isu.

"Kerajaan negeri kita stabil. Saya mempunyai sokongan daripada semua Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor dalam bentuk bertulis dan juga dalam mesyuarat saya bersama dengan pemimpin PAS sebelum saya pergi ke luar negara," katanya.

Beliau menegaskan Selangor tidak dilanda sebarang krisis.

Khabar angin bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyertai PAS bersama dengan empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR mula bertiup kencang.

Azmin Ali , PAS , PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mahu Undur, Tapi Tertekan Pedal Minyak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain