suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JJPTR: Tiga Suspek Kini Ditahan Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Pengasas JJ Poor To Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua pembantunya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda untuk membantu siasatan.

Sumber berkata ketiga-tiga suspek tiba di balai polis itu awal pagi Sabtu.

Difahamkan mereka kemudiannya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata Lee dan dua pembantunya akan dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam pada pagi Ahad untuk direman.

Lee dan dua pembantunya dibebaskan dengan jaminan polis di Petaling Jaya pada Jumaat selepas tempoh reman mereka berakhir tetapi ditahan semula selepas itu.

Ketiga-tiga mereka diserahkan kepada polis Pulau Pinang untuk membantu siasatan skim cepat kaya itu.

JJPTR

Artikel Berikut

Artikel Lain