suria

JJPTR: Tiga Bebas Tapi Segalanya Belum Berakhir

PETALING JAYA: Pengasas JJ Poor To Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua pembantunya akan dibebaskan dengan jaminan polis lewat hari ini.

Namun Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata ketiga-tiga suspek akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang.

"Mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis kerana tempoh reman mereka berakhir hari ini.

"Namun, tiga suspek itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang yang akan menjalankan siasatan berhubung skim pelaburan itu," katanya kepada The Star.

Ketiga-tiga suspek ditahan pada pagi Selasa dan pada mulanya direman sehingga Khamis.

Menurut peguam tiga suspek itu, Mohd Shukri Ahmad Mansor, polis telah meminta tempoh lanjutan reman selama tiga hari tetapi hanya satu hari tambahan diluluskan yang akan berakhir pada Jumaat.

Seorang lagi peguam mewakili ketiga-tiga suspek, G. Jaya Prem berkata anak guam mereka telah memberikan kerjasama penuh kepada polis.

"Anak guam saya memberikan kerjasama sejak hari pertama dan semua pengarah syarikat itu telah memberikan keterangan mereka," katanya.

Sebelum itu,  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata JJPTR telah mengumpul wang pelaburan mencecah RM1.7 bilion.

JJPTR

Artikel Sebelum

Cikgu Oh Cikgu

Artikel Lain