suria

Warga Malaysia Ditahan, Rampas 250G Ice

SINGAPURA: Kira-kira 250 gram ‘ice’ (methamphetamine) bernilai S$30,000 (RM93,459) dirampas daripada seorang lelaki Malaysia berusia 24 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata pegawainya mengarahkan lelaki berkenaan yang tiba menaiki motosikal bernombor pendaftaran Malaysia untuk pemeriksaan lanjut pada kira-kira 10.45 pagi.

Semasa pemeriksaan, ICA berkata satu paket bahan dipercayai ice tersembunyi di dalam stokin kiri lelaki itu dan pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati satu lagi paket disembunyikan di dalam stokin kanan lelaki berkenaan.

ICA berkata pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) telah segera dimaklumkan mengenai penemuan itu.Penunggang motosikal dan paket dadah itu diserahkan kepada CNB untuk siasatan lanjut, katanya.

Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati sekiranya jumlah methamphetamine yang diperdagangkan melebihi 250 gram.-Bernama

Ice, Warga Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain