suria

Dua Jambatan Di Ranau Hanyut

KOTA KINABALU: Dua jambatan yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu di Ranau telah dihanyutkan susulan hujan lebat yang melanda daerah itu.

Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin berkata dua jambatan yang dihanyutkan itu terletak di Kampung Lungkidau dan Kampung Karanaan.

Namun, katanya penduduk yang terjejas mempunyai laluan alternatif untuk keluar dan masuk ke kampung tersebut.

Beberapa tanah runtuh dan banjir lumpur turut dilaporkan pada Isnin termasuk satu insiden di jalan lama Kundasang menyebabkan beberapa penduduk kampung terputus hubungan.

Penduduk kampung yang terjejas adalah di Kg Lipasu dan Kg Pinausok.

Beberapa penduduk kampung turut dilaporkan berkata tanah dekat kediaman mereka terhakis akibat banjir lumpur tetapi pemeriksaan oleh pihak berkuasa mendapati kawasan itu masih selamat.

Sebatang jalan menuju ke SK Mohimboyon turut tidak boleh diakses akibat kejadian tanah runtuh itu.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Sabah, Kol Mulliadi al-Hamdi berkata pegawainya pergi ke kawasan yang terjejas untuk memantau situasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.10 pagi Isnin.

"Pegawai kita bersama-sama dengan anggota polis daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang memantau keadaan," katanya.

Kakitangan JKR kemudiannya dilihat melakukan kerja-kerja pembersihan.

jambatan, Ranau

Artikel Sebelum

Nak Kecik Ka Besaq Kak?

Artikel Berikut

Artikel Lain