suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa tahun ini, pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengambil satu hari cuti tanpa rekod untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa berkata, perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Seiring dengan konsep merakyatkan perkhidmatan awam dan 1Malaysia, adalah diharapkan cuti tersebut dapat memberi ruang kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk meraikan sambutan tersebut bersama-sama dengan keluarga khususnya dan warga Sabah dan Sarawak amnya," menurut kenyataan itu.

Pesta Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei sementara Hari Gawai jatuh pada 1 dan 2 Jun. - BERNAMA

Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain