suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hargai Sumbangan Guru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih dan dedikasi mereka mendidik anak bangsa.

“Terima kasih semua guru, kita terhutang budi kepada semua guru,” katanya dalam rakaman video terbaharu ‘#Terima Kasih Cikgu’ bersempena sambutan Hari Guru esok (Selasa), yang dimuat naik dalam laman Twitter rasmi beliau.

Beliau berkata semua guru telah mendidik anak bangsa dengan begitu gigih dan sempurna.

"Kerana titik peluh mereka telah menyebabkan kita menjadi orang yang sangat berguna kepada bangsa dan negara,” katanya.

Di Malaysia, Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai menghargai golongan pendidik itu.- Bernama

Hari Guru, Najib Tun Razak

Artikel Lain