Rasuah ZPP: Tujuh Dibebas Dengan Jaminan - Semasa | mStar

Rasuah ZPP: Tujuh Dibebas Dengan Jaminan

Tujuh individu yang ditahan pada Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan.

GEORGE TOWN: Seramai tujuh daripada 12 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada Selasa lepas bagi membantu siasatan kes penyelewengan Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP), telah dibebaskan.

Sumber SPRM berkata empat kontraktor ZPP itu dibebaskan semalam dengan jaminan RM5,000 setiap seorang manakala seorang lagi kontraktor dibebaskan hari ini dengan jaminan sama.

"Dua lagi pegawai ZPP turut dibebaskan hari ini dengan jaminan RM10,000 setiap seorang selepas keterangan mereka direkod," katanya di sini, Ahad.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pembebasan dua pegawai ZPP itu melibatkan seorang pegawai tertinggi ZPP, yang juga ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Namun, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abdul Aziz Aban tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan itu.

SPRM negeri menahan 12 suspek itu termasuk lapan kontraktor berusia di antara 41 dan 52 tahun. - BERNAMA

SPRM , ZPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pengasas JJPTR Diburu

Artikel Berkaitan

SPRM: Dua KPD Antara 10 Bebas