suria

Bekas Pegawai Khas Datuk Bandar Melaka Didakwa Rasuah, Pecah Amanah

Mohd Yusof ketika tiba di Mahkamah Sesyen Melaka, Selasa

MELAKA: Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah didakwa di mahkamah atas pertuduhan penggubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan wang RM19.3 juta.

Datuk Mohd Yusof Abu Hassan didakwa dengan 11 pertuduhan penggubahan wang haram dan empat pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa.

Ikat jamin berjumlah RM1.6 juta telah ditetapkan, bersama seorang penjamin.

Tertuduh ditahan pada pukul 7.30 malam  Isnin di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka di mana beliau telah dipanggil untuk memberi kenyataan.

Beliau pertama kali ditangkap pada 28 November tahun lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

Beliau ditahan semula pada 2 Disember bagi membantu siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000, selepas ditahan selama 24 jam.

SPRM juga menyita wang tunai, kenderaan, aset dan dokumen lain daripadanya bernilai lebih dari RM150 juta.


rasuah, Datuk Bandar Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain