suria

Peniaga Mengamuk Ditahan

GEORGE TOWN: Dua peniaga ditahan kerana merampas sebuah lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang melakukan serbuan di gerai makan di Tanjung Tokong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata kedua-dua mereka ditahan sejurus selepas kejadian itu, yang berlaku kira-kira pukul 8.45 malam Khamis.

"Kami sedang mendapatkan perintah reman dari mahkamah di George Town bagi membolehkan mereka membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mior berkata seorang pegawai penguatkuasa MBPP telah membuat laporan polis di Balai Polis Pulau Tikus pada pukul 9.45 malam, mendakwa kedua-dua suspek membawa lari sebuah lori selepas dia keluar dari kenderaan tersebut.

"Pegawai penguat kuasa berkata dia telah turun dari lori dan berjalan ke belakang kenderaan untuk menenangkan keadaan. Kedua-dua suspek kemudian masuk ke lori, mengunci pintu dan terus memandunya," katanya.

Satu video telah muncul di media sosial menunjukkan kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi rakannya dilihat merakamkan video mereka dari tempat duduk penumpang di bahagian depan.

Beberapa buah motosikal dilihat mengekori mereka.

MBPP, peniaga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain