suria

Pemain Bola Sepak Ditahan Miliki Kereta Klon

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemain import pasukan bola sepak warga Afrika yang bermain untuk Liga Perdana Malaysia kerana memiliki kereta klon.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kereta tersebut diletakkan dekat sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong.

"Mereka menunggu pemilknya dan menahan dia sebaik dia memasuki kereta dan menghidupkan enjin," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Megat berkata, lelaki itu ditahan semasa pihak polis membuat pemeriksaan ke atas nombor kenderaannya pada pukul 4 pagi, dan mendapati ia adalah palsu.

Tambahnya, berdasarkan semakan nombor casis kenderaan itu tiada dalam rekod sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Polis merampas dua kereta klon dan pemain bola sepak itu direman sehingga Ahad.


Artikel Lain