suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LTSAS Ditutup 24 Jam Kerana Disyaki Berlaku Tanah Mendap Di Landasan

IPOH: Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) terpaksa ditutup selama 24 jam kerana disyaki berlaku tanah mendap di landasan sejak petang Khamis.

Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini, bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan, landasan itu ditutup bermula 6.40 petang Khamis.

"Semasa pemeriksaan, kami mengesan terdapat kecemasan di landasan disebabkan oleh tanah mendap itu. Pasukan teknikal kami segera dikerahkan ke lokasi untuk penilaian awal.

"Semua syarikat penerbangan telah dimaklumkan mengenai penutupan ini dan sebanyak 12 penerbangan daripada Malindo Air, Tigerair dan Firefly akan terjejas," kata MAHB dalam kenyataan menerusi laman Twitter.

Justeru, MAHB menasihatkan penumpang supaya menyemak jadual penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing.

"Kami kesal atas sebarang kesulitan yang timbul dan maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja penilaian penuh dilakukan dan kerja-kerja pembaikan selesai," tambahnya. -Bernama

MAHB, LTSAS, tanah mendap

Artikel Berikut

Artikel Lain