suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Edar Dadah Dicekup Polis

TAMPIN: Dua beradik yang bekerja sebagai buruh ditahan polis pada Ahad malam kerana disyaki mengedar dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 22 dan 26 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di lobi sebuah hotel di daerah ini, pada 11.30 malam.

"Pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek menemukan lima peket plastik lutsinar disyaki heroin seberat 5.76 gram, sepeket plastik lutsinar dan satu tiub straw syabu seberat 0.43 gram serta dua tiub straw heroin 0.26 gram.

"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Mereka disyaki aktif mengedar sejak enam bulan lalu," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata, suspek akan direman esok untuk siasatan.-- Bernama 

Tampin, dadah

Artikel Lain