suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guan Eng Mahu Bersemuka Adun PAS

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhasrat untuk berbincang dengan satu-satunya wakil rakyat PAS di negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man berhubung gesaan bagi memutuskan hubungan dengan PKR.

Ia susulan keputusan Dewan Pemuda PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar PAS ke-63.

Lim berkata beliau perlu membincangkan perkara itu dengan Mohd Salleh, yang juga Adun Permatang Pasir sebelum membuat apa-apa kenyataan.

"Saya bertemu beliau (Mohd Salleh) semalam, tetapi ia bukan masa yang sesuai untuk membincangkan mengenai perkara itu. Mohd Salleh adalah seorang ADUN yang setia kepada kerajaan Pakatan Harapan.

"Perbincangan akan diadakan berhubung perkembangan semasa di mana PAS telah membuktikan bahawa mereka tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan mana-mana parti-parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan Umno," kata Lim.

Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain