suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doakan Abang Pokok Sena Bertaubat - Penyokong PAS

ALOR SETAR: Sesi perbahasan ucapan dasar Presiden PAS sekali lagi digamatkan dengan 'usikan' Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diwakili kaum India terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang khabarnya bakal meninggalkan parti Islam tersebut.

Diwakili Suria Narayanan (gambar), beliau terlebih dahulu mengakui kesilapan pertubuhan itu menyokong Umno sebelum beralih-arah menyatakan lafaz setia kepada PAS.

Katanya, musuh utama PAS merupakan Umno dan perlu memerangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukannya parti-parti lain.

"Seperti  berlaku pada 'abang' saya yang paling disayangi di Perak, (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin telah tersalah makan umpan, terkena mata kail sehingga menyertai pihak lain (Parti Amanah).

"Kita doakan abang Pokok Sena (Mahfuz Omar) akan bertaubat dan (kembali bersama PAS)," katanya.

Konflik antara Mahfuz dan PAS tercetus apabila beliau dilaporkan mahu menyertai Amanah, selain mengeluarkan kenyataan pedas terhadap parti Islam itu.

Malah hubungan antara kedua-dua pihak itu juga dilihat semakin buruk apabila Mahfuz tidak dijemput menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlangsung di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, di sini.

Sementara itu, Suria Narayanan menyatakan sokongan penuh DHPP untuk berusaha mencapai kemenangan PAS pada PRU14.

Bagaimanapun beliau meminta PAS untuk memperkasakan gerakan DHPP bagi meraih sokongan orang bukan Islam di setiap negeri.

"Malah DHPP juga mahukan pemimpin PAS menjadi pemimpin dalam sebarang pakatan kerajaan yang dibuat atau blok kerjasama politik, bukannya orang lain dari parti lain," katanya.

Mahfuz Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain