suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risalah Misteri Menyusup Muktamar PAS

ALOR SETAR: Sehari selepas kemunculan patung monyet menyerupai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, muncul pula risalah misteri yang diedarkan ketika Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-63 pada Ahad.

Risalah berbaur provokasi itu dipercayai diselitkan pada akhbar tempatan yang diberikan secara percuma kepada pengunjung yang menghadiri muktamar tersebut.

Dalam risalah itu, tertera kapsyen "Zuhud Pas" dan gambar pemimpin tiga pemimpin PAS yang dikaitkan dengan pemilikan kereta mewah dan isu gambar lucah.

Dua pemimpin PAS dikait dengan kereta yang dimiliki sebelum dan selepas bergelar ahli Parlimen.

Malah risalah itu mempersoalkan kereta mewah yang dimiliki seorang daripada pemimpin PAS tersebut digunakan untuk membawa isterinya bersiar-siar.

Seorang lagi pemimpin, dikaitkan dengan isu gambar lucah dengan kapsyen bertulis, 'Dulu Ulama, Sekarang Alamak.'

Di bawah risalah itu, tertulis kapsyen, "Jika anda bijak, anda tidak akan terpedaya dengan lebai-lebai RUU355 ini..."

Pada Sabtu, unit keselamatan PAS menemukan sebuah patung monyet yang digantung di sebatang pokok bersama bendera PKR dan Parti Amanah.

Lokasi penemuan itu terletak tidak jauh dari lokasi muktamar yang diadakan di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Kedah.

Muktamar PAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain